Saya pernah didatangi soalan;
"Asma, awak kata emas awak ni murah. Tapi baru semalam saya pegi ikot mak saya beli gelang emas, tengok harga dia cuma RM135/gram. Emas awak ni Rm185 per gram. Apa yang murahnya?????"
Ya, memang tanda soal yang dia tulis banyak macam tu..
Tau tak, sebenarnya emas ada banyak jenis..?
Emas yang saya beli ni ialah gold bar 999.9
Berikut ialah jenis-jenis emas yang ada kat market:
1) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.
2) Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
3) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
4) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.
5) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.
Senarai emas yang tertera di sebelah kanan atas blog ni ialah emas 999.9.
Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga emas dunia.
No comments:
Post a Comment