Selamat Datang ^^

Selamat Datang ^^

Miss Gold Keeper

Hi..

Saya Asma, seorang felt crafter dan craft supplier yang berjualan secara online sejak 2010. Dan kini terjebak menjadi goldkeeper.

klik gambar di atas untuk ke online craft shop saya

Ramai yang pm dan whatsapp bertanyakan tentang emas ni,  maka blog ini dibina untuk mengumpulkan maklumat berkenaan emas (setakat yang saya tau).

Saya berminat dengan emas sejak dulu lagi, tapi kurang pendedahan mengenainya ditambah pula dengan kes emas sontot; nak beli emas pun rasa takot pulak.

Emas pertama yang saya beli sendiri ialah gold bar 10g yang berharga RM1800 pada masa itu. Saya baru mendapat loan dan beli emas itu untuk mengelakkan wang habis begitu sahaja. Gold bar tu saya jualkan kembali untuk buat modal kahwin pada 2012.

Sejak itu saya tak beli emas lagi (sebab tak sempat kumpul duit, semuanya saya pusing modal untuk berniaga); sehingga la salah seorang customer saya promote emas ni. Bila tau ada emas 1gram, saya terus beli tanpa berfikir panjang.

Saya tertarik dengan kempen "1gram 1 bulan 1 famili", dan nekad untuk disiplinkan diri menyimpan sekurang-kurangnya 1gram emas setiap bulan.

Alang-alang beli tiap-tiap bulan, saya pun terus join jadi ahli. Dapat la diskaun sikit.. :>

Sebelom ni saya cuba kempen sayang hijau dimana kita menyimpan note RM5 yang diperolehi; namun ia tak sesuai untuk saya yang tak pegang cash. Semua wang saya di dalam bank dan saya suka beli barang secara online. :P

Saya juga cuba kempen simpan setiap hari dimana konsepnya menyimpan nilai yg sama dengan tarikh haribulan tersebut. Contohnya 1hb, simpan RM1; 3hb simpan RM2, 10hb simpan RM10, 23hb simpan Rm23 dan seterusnya. Ia juga tak sesuai dengan saya kerana tak pegang cash.

Oleh itu, saya ingin mencuba kempen emas ni. Lagi satu, nilai emas ni akan meningkat dari tahun ke tahun. Sekiranya saya beli emas RM50 10 tahun lepas, harini emas yang sama tu bernilai RM180. Berbeza dengan nilai matawang Malaysia yang semakin merudum.

sumber :goldprice.org

Tujuan saya melibatkan diri dengan emas secara serius bukan la untuk membuat pelaburan emas. Ramai yang minta saya explain tentang pelaburan emas, tapi saya sendiri pun tak faham apa benda tu. Mungkin bole bertanya kepada pakar-pakar emas. Saya bukan la pakar, cuma seorang goldkeeper.

Saya mengumpul emas dengan niat yang sama seperti mengumpul duit. Cuma emas ni nak tukar kepada duit perlu lebih effort; duit pulak bila nampak je benda best nak beli terus transfer dengan hepinyer, last-last seciput je tinggal. Susah jugak la nak kumpul (bagi saya la). Dengan simpan emas ni, kita rasa macam takde je duit tu, walhal kita dan sorokkannya awal-awal. RAsa macma berjaya sangat sorokkan. Hahaha..

Apapun kemungkinan besar emas ni akan saya simpan sebagai insurance di hari tua (kalau sempat tua). Saya takde pencen, jadi dah tua nanti perlukan wang untuk meneruskan hidup, nak bekerja pun mungkin tak larat dah.

Siapa nak beli emas, bole rujuk harganya kat jadual di sebelah kanan atas blog ni dan whatsapp saya di 0139325870. Nak email pun bole : asema84@gmail.com . Detail nanti saya inform secara peribadi ya..

Jom jadi goldkeeper sama-sama.. ^^

No comments:

Post a Comment