Selamat Datang ^^

Selamat Datang ^^

Kat Mana Nak Jual Emas?

Ini adalah soalan pertama yang ditanya setiap kali terbaca penerangan saya mengenai emas.
Tak disangkal lagi, saya sendiri pun tanya soalan ni waktu pertama kali nak beli emas.

Jawapannya ialah : JANGAN JUAL EMAS ANDA

Selepas penat dikumpul emas tu nak dijual pula.. Sayang la..
Kemungkinan tak dapat beli dengan harga yang sama lagi..

Habis tu buat apa simpan kalo tak jual balik..?
Camana nak dapat duit melalui emas kalo bukan dengan menjualnya?

Jawapannya ialah : PAJAK EMAS ANDA

Hantar emas anda ke Ar-Rahnu atau pajak gadai dan dapatkan 60-85% dari nilai emas yang dipajakkan.

Kemudian dari semasa ke semasa tebus semula..

Dengan cara ini emas tu masih boleh diselamatkan (in shaa Allah) dan duit pun dapat.

Senarai Ar-Rahnu boleh check kat sini : http://missgoldkeeper.blogspot.com/2015/07/senarai-ar-rahnu-yang-terima-emas.html

Habis tu nak simpan emas sampai bila?
Bukan boleh dibawa mati... :(

Jawapannya ialah : WARISKAN

Jom dengar kesah keluarga saya ni..

Atuk kepada atuk saya meninggal dunia dan meninggalkan 4 isteri serta 21 orang anak. Setiap anaknya dapat sebidang tanah.

Mak kepada atuk saya, meninggal dunia dan meninggalkan 4 orang anak dan setiap seorang dapat tanah bahagian masing-masing

Atuk saya meninggal dunia dan mewariskan sebidang tanah seorang kepada setiap 12 orang anaknya.

Ayah saya (muda lagi. Belom meninggal dunia, Alhamdulillah) ada 6 orang anak dan setiap anak diwariskan sebiji rumah seorang

Saya????

Saya nak wariskan apa kepada anak-anak saya?
Tanah takde, rumah pun sebiji je..
Apa yang nak saya wariskan kepada anak-anak saya nanti..?

In shaa Allah beberapa keping emas ini la yang akan saya wariskan..
Sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan utk mereka untuk meneruskan masa depan yang penuh pancaroba ni..
Allahualam..





No comments:

Post a Comment